[33 Gambar] Idea Rak Di Dapur. Ringkas & Mudah Capai!

- Advertisement -

Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur di rumah, anda tetap boleh menyediakan rak bahan masak sendiri dengan cara kreatif agar ia nampak kemas dan tersusun elok. Rak juga boleh dijadikan pantri dapur yang mana akan menjadi tempat yang paling selalu diakses kerana meriah dengan bahan masak dan stok makanan.

Kami kongsikan idea mengemas atau susun atur rak bahan masak aka pantri dapur yang menarik untuk rujukan semua.

33 Idea Rak @ Pantri Di Dapur

Cara pengurusan rak pantri yang efisien juga memainkan peranan penting, di mana perlu mengutamakan bahan masak yang selalu digunakan di susun di bahagian atas atau tempat yang paling mudah dicapai manakala barang yang kurang digunakan diletakkan dibahagian bawah.

- Advertisement -

Rak pantri dapur juga boleh digunakan untuk menyimpan peralatan dapur dan bahan lain yang tidak memerlukan peti sejuk.

Anda juga boleh membeli peralatan khusus seperti bekas plastik atau balang untuk menyimpan segala rempah ratus, bijirin dan pasta serta menyediakan botol-botol menarik yang khas untuk menyimpan bahan masak jenis serbuk. Bekas yang sesuai untuk rak pantri selalunya didatangkan dalam pelbagai saiz, murah dan boleh disusun kemas bertingkat-tingkat.

Dalam apa jua keadaan, rak pantri haruslah menjadi rak yang paling rapi dan tersusun kemas walaupun sentiasa berfungsi secara fizikal untuk urusan memasak di dapur. Sekaligus menjadikan proses memasak lebih mudah, pantas dan menyeronokkan.

Semoga artikel ini bermanfaat!

- Advertisement -
- Advertisement -

Like Kami di Facebook