Terbaik Resipi Apam Balik Homemade Ni. Sangat Lembut & Gebu!

- Advertisement -

Memang terbaik resipi Apam Balik ni. Makan panas-panas memang syok. Bagi anda yang nak cuba buat Apam Balik secara homemade, resipi mudah perkongsian Puan Azie ni memang kena cuba. Nak buat nipis ke, tebal ke, kacang lebih ke, semua boleh. Satu adunan ni boleh dapat dalam empat keping Apam Balik. Sangat puas hati.

BAHAN-BAHAN:

– 2 cawan tepung gandum
– ½ cawan gula
– 1 sudu teh soda bicarbonate
– 1 sudu teh baking powder
– Sedikit pewarna kuning
– 1 biji telur
– 1½ cawan air
– Sedikit mentega/planta untuk mengoles

BAHAN TABUR:

- Advertisement -

– Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
– Jagung manis dalam tin
– Gula halus
– Marjerin

CARA-CARA:

  1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
  2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  3. Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
  4. Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.
  5. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata.
  6. Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit Resipi & Foto : Azie Kitchen

- Advertisement -

Like Kami di Facebook