Apa Yang Menarik Tentang Telefon Pintar Baharu vivo V21?

- Advertisement -

Jenama telefon pintar terkemuka, vivo kembali dengan siri telefon pintar baru V21 yang lebih canggih dan memukau. Jom kenali apa yang menarik tentang vivo V21 ini.


Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang vivo V21

1. vivo V21 tampil dengan reka bentuk yang lebih bergaya, ringan dan nipis dengan ukuran 7.29mm. Sangat selesa dipegang kerana ia hadir dengan reka bentuk kaca Matte yang lembut dan halus. Malah, skrinnya juga tahan calar dan anti kesan cap jari.

2. Telefon pintar pertama dicipta dengan sokongan Teknologi Penstabilan Imej Optik (OIS) untuk kamera belakang dan hadapan. Ia turut menempatkan sebuah kamera 44MP berkeupayaan OIS di sebelah hadapannya. Fungsi ini sangat berguna untuk berswafoto pada waktu malam atau dalam keadaan yang kurang pencahayaan. Ia berfungsi untuk memastikan gambar yang ditangkap tetap stabil dan jelas walaupun korang selfie dalam keadaan bergerak.

- Advertisement -

3. Kejelitaan korang akan makin terserlah dengan adanya Dual Selfie Spotlight dan Screen Spotlight pada bingkai sebelah atasnya. Fungsi ini menghasilkan cahaya yang cukup untuk memastikan imej dan video yang diambil dari kamera hadapan lebih jelas dan terang.

4. Untuk perkakasannya pula, vivo V21 dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 800U. Kapasiti RAM dan storan bagi telefon pintar ini adalah RAM 8GB dan storan 128GB. Apa yang menarik, siri telefon pintar ini mampu meningkatkan kapasiti RAM sehingga 11GB iaitu dengan mengunakan fungsi ‘Extended RAM 8 + 3GB’. Ia dapat dilakukan dengan mengambil 3GB dari storan dan mengubahnya kepada RAM. Fungsi yang amat berguna untuk kaki game atau kaki video.

5. Dengan harga serendah RM1,299,korang dah boleh dapatkan telefon pintar berciri flagship macam siri vivo V21 ni. So, boleh la korang berselfie puas-puas!

- Advertisement -

Like Kami di Facebook