i-Lestari adalah sebahagian dari Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memudahkan pencarum KWSP yang berumur bawah 55 tahun membuat pengeluaran dari Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan, maksimum sehingga 12 bulan. Ini adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan impak yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang terkesan oleh pandemik COVID-19.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.
Cara mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari:
- Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
- Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
SOALAN LAZIM
- Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan. - Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan. - Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Maklumat lanjut (dari website KWSP):
1. https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-to-allow-account-2-withdrawals-under-i-lestari
2. https://www.kwsp.gov.my/ms/-/basic-faq-i-lestari-withdrawal







