Disebabkan keadaan semasa pandemik COVID-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penagguhan bayaran pinjaman pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana selama enam (6) bulan berkuatkuasa 1 April 2020.
Ringkasan pengumuman tersebut:
- Semua bentuk pinjaman diberikan penangguhan selama enam (6) bulan kecuali kad kredit. Pinjaman juga wajib tidak mempunyai tunggakan melebih 90 Hari.
2. Ianya AUTOMATIK.
3. Kadar Interest/ Faedah/ Keuntungan berjalan. Jadi tempoh Tenure/Jangkahayat pinjaman bertambah.
4. Jika anda tidak mahu menangguhkan bayaran pinjaman, anda boleh menghubungi bank dan memaklumkan mereka.
5. Pelanggan Korporat perlu membuat permohonan kepada Bank untuk mendapatkan penangguhan (6) bulan jika perlu.
Jika diluluskan Tenure/Jangkahayat pinjaman akan dianjak enam (6) bulan dari tempoh Tenure/Jangkahayat asal.
Contoh, jika Tenure/Jangkahayat pinjaman lima (5) tahun, maka ia akan menjadi jadi lima (5) tahun enam (6) bulan. Ia tidak dikira reschedule atau pengstrukturan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi sekiranya selepas enam (6) bulan penangguhan tersebut masih tidak mampu membuat pembayaran, maka boleh buat permohonan penangguhan yang akan diambil kira sebagai reschedule atau pengstrukturan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon Bank terlibat.

Kredit : Viral Media Johor
Bacaan lanjut : https://www.bnm.gov.my/documents/2020/FAQs_Additional%20Measures.pdf







