Resipi Bihun Sup Sedap Cara Chinese Style. Ringkas & Senang Masak!

- Advertisement -

Rasa nak makan bihun sup sedap yang dimasak cara Chinese style? Boleh cuba resipi bihun sup cina perkongsian dari saudari Ikin Rahman yang paling ringkas ni. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Hasilnya memang puas hati. Cubalah!

RESIPI BIHUN SUP SEDAP CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN: ( tiada sukatan. Jumlah ikut citarasa masing-masing)

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka secukupnya
  • Kicap cair secukupnya

CARA MEMASAK BIHUN SUP:

- Advertisement -
  1. Tumis bawang putih cincanghingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
  2. Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan.
  3. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam .
  4. Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
    Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
  5. Celur sawi dan juga bihun.
  6. Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
  7. Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Ikin Rahman

- Advertisement -

Like Kami di Facebook