Cara Buat Nasi Goreng Cabai Kering. Resipi Paling Simple & Sangat Sedap!

- Advertisement -

Nasi goreng sering kali dijadikan menu harian untuk bersarapan setiap hari. Malah, ada juga yang gemar menjadikan nasi goreng sebagai menu ringkas makan malam. Sememangnya ada pelbagai jenis resipi nasi goreng tetapi resipi Nasi Goreng Cabai Kering yang ingin kami kongsikan ini pasti lebih memikat hati anda untuk cuba. Proses memasaknya juga sangat cepat & mudah. Hanya perlu menyediakan sedikit bahan-bahan sahaja untuk memasaknya. Jom lihat resipinya.

Nasi sejuk – Gaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi sikit-sikit. Untuk ratakan garam dan senang nak bajet kemasinan.

Telur – Goreng telur separuh hancur dan ketepikan. Goreng kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti.

Cili kering – gunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.

- Advertisement -

Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula (ikut suka). Masukkan nasi dan kacau rata.

Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata. Siap.

Boleh tabur daun bawang/sup dan bawang goreng. Siap!

Selamat Mencuba!

- Advertisement -

Kredit Resipi & Gambar : Novelis Afieyza Isahak

- Advertisement -

Like Kami di Facebook