Kek Chocolate Moist Kukus Sukatan Cawan. Lembut Sangat!

- Advertisement -

Resipi kek coklat paling senang nak buat. Cara memasaknya sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Rasa sedap dan moist je.. Cuba lah!

Bahan-bahan :
– 1 cwn serbuk koko
– 1 cwn susu pekat
– 1 cwn susu cair
– 1 cwn gula
– 1 cwn minyak
– 3 biji telur

**Semua bahan kat atas masukkan dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan-bahan Ayak :
– 1 1/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu kecil baking powder

- Advertisement -

Cara Memasak :

  1. Adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung (bahan2 Ayak).
  2. Kaup@kacau balikkan.
  3. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana.
  4. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk Topping Coklat Moist

Double boil coklat beryls campur minyak @ butter @ fresh milk. Mana2 pun boleh. Agak-agak je sukatan dia.

Kredit Resipi Asal: Nor Juliana Isa
Kredit Foto : Nor Ain Nordin

- Advertisement -

- Advertisement -

Like Kami di Facebook