Cara Buat Sate Ayam Yang Sedap & ‘Juicy’. Resipi Lengkap Dengan Kuah Kacang.

- Advertisement -

Resipi sate ayam terbaik dan juicy oleh Puan Siti Norizan. Buat sate ayam menggunakan resipi ni, makan macam tu pun dah sedap, sebab dah cukup rasa perapannya. Resipi ni siap kuah kacang. Jom cuba!

RESIPI SATE AYAM

Bahan-bahan:

-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)

- Advertisement -

Bahan blend :

-2 labu bwg besar **
-5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)**
-1 labu bwg putih **
-2 Inci halia**
-4 btg serai **
(satukan kesemua bahan dan blend dengan sedikit air)

Bahan perap:
-2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sk garam
-4 sk serbuk kunyit
-3 sb jintan manis

Cara-caranya:

- Advertisement -
  • Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yg telah ditoskan..
    Masukkan bhn blend + bhn perap..
  • gaul sebati..
  • boleh tambah apa yg kurang, gula/garam..
  • perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap balik keje smlm, ptg td baru bakar)
    bila dh perap, baru cucuk ye..
  • nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
  • lebihan perapan td,ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, n tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
  • sy bakar td, dlm 5min dah Masak, sbb dh perap semalaman..
  • masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye.. Biar sate tu, basah je..
  • Bila dh perap, baru cucuk ye.
  • Nak sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh..
  • Lebihan perapan td, ambil sedikit, letak dlm mangkuk kecil, dan tambahkan sedikit minyak masak (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
  • Saya bakar td, dlm 5min dah masak, sbb dh perap semalaman.
  • masa bakar tu renjiskan dgn bhn renjis ye. Biar sate tu, basah je.

Nota : Sate ni, makan camtu pon dah sedap, sebab dah cukup rasa.

RESIPI KUAH KACANG

Bahan-bahan:

-1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, n blend/tumbuk separa halus. Sy blend je, jgn halus sangat ye)

- Advertisement -

-segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bwg besar **
-2 Inci halia **
(blend bahan bertanda **dengan sedikit air)

-1 btg serai (ketuk)
-2 keping gula melaka
-1/2 cwn gula
-garam
-3 cwn air
-1 kotak santan
-2 keping asam keping

Cara-caranya:
-panaskan minyak, jgn sikit sgt, jgn banyak sgt..
-tumiskan bahan blend, masukkan serai.. (tumis smpai pecah minyak)
-masukkan kacang, gaul sebati.
-masukkan air, biar mendidih.. (api slow)
-Nampak dh kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam..
-masak sampai kuah Jd pekat.
-rasakan dan boleh tambah apa yg kurang.
-siap

****
Nota: Kalau tak nak letak santan pon takpe, just guna air je.
Klu sy, sy suka letak santan.

Kredit Resipi : Siti Norizan‎

- Advertisement -

Like Kami di Facebook