Resipi Kuih Tiram Rangup & Sedap. Hanya Guna 3 Bahan.

- Advertisement -

Resipi kuih tiram rangup ini dari perkongsian Saudari Mas Cotek di laman Facebook nya. Memang sedap dan susah nak stop kalau dah mula makan kuih tiram ni. Rangup krap krup krap! Jom lihat cara-cara membuatnya.

RESIPI KUIH TIRAM RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sdt garam
  • 2-3 sudu minyak masak
  • Air

Bahan layer:

- Advertisement -
  • Minyak
  • Tepung ubi

Cara Membuat:

1. Campurkan bahan tepung gandum, garam dan minyak masak.

2. Ramas-ramas sehingga tepung berderai (ramas guna hujung jari)

3. Masukkan air sedikit demi sedikit, jumlah air bergantung pada doh.

- Advertisement -

4. Stop air bila doh tidak melekat di tangan dan di besen (doh keras sikit dari doh karipap) uli lagi dalam 10 minit sehingga doh lembut.

5. Bahagikan doh kepada 4 bahagian

6. Canai. Taburkan sikit-sikit tepung pada papan pencanai (taknak bagi melekat)

7. Buat untuk pes atau layer pula. Masukkan tepung ubi, kacau hingga likat seperti dalam gambar bawah ni. Kemudian masukkan minyak sikit2 ye

- Advertisement -

8. Ambil sedikit pes ( minyak & tepung ubi) seratakan pada doh yang dicanai tadi

9. Ratakan seperti ini

10. Gulung

11. Dah siap gulung kesemua doh tadi

12. Potong anggaran 1/2 inci (terpulang nak potong kecil atau besar) tapi jangan besar sangat ya dah canai nanti besar dan panjang jadinya..

13. Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi, tekan sikit seperti ini guna jari je

14. Canai sehala (sekali lalu je).

15. Seperti ini buat sehingga habis.

16. Panaskan minyak, mula menggoreng guna lidi untuk buka kelopak-kelopak tiram tadi. Perlukan kesabaran untuk dapatkan hasil yang cantik

17. Dah garing, Angkat dan toskan minyak dulu. Dah betul-betul sejuk baru gaul gula.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Puan Mas Cotek

- Advertisement -

Like Kami di Facebook